Sunday, May 29, 2011

HARI BAHAGIA MEREKA


Cuti sekolah dah bermula...
so, kenduri2 kawin perlu bnyk dihadiri.....
Kemarin, pack dengan aktiviti2 menghadiri kenduri kawan-kawan sekolah.

Taniah to my friend, Siti fatimah & pasangan
Semoga kekal keakhir hayat
Best betul, dapat jumpa kawan-kawan sekolah teknik masa kenduri emah ni,
Maklum la, puan emah kita ni buat kendurinya di dewan sek teknik
tempat kami menimba ilmu satu ketika dulu.
Bukan saja kawan-kawan dapat jumpa juga, tapi cikgu-cikgu pun kitaorang dapat jumpa.
dah mcm kembali ke zaman dulu-dulu
KENAPE aku cakap mcm tu....
Sebabnya, bila jumpa cikgu-cikgu, mesti imbas kembali zaman sek2 dulu
heeee.......

Ct fatimah & pasangannya. Cantik emah time ni. Yang penting warna pink baju pengantin tu, yg buat aku suka......
.
.
.
.
.

dan x lupa juga kepada Nurshazleen,lyn & pasangan.
Lyn, kawan aku time sekolah rendah
X sangka, dah kawin kawan aku ni.
Rasa masa berlalu dengan cepat
masing-masing melangkah ke arah kehidupan yang baru.


Ni gambar nikah lyn. Suka guna tgk wedding lyn, warna hijau gitu u....


P/S: Both of u, selamat pengantin baru...semoga kekal ke akhir hayat....


Thursday, May 19, 2011

HARI ITU, HARI KAMI

Sorry guest!
Cerita lama lagi!!!!
Ceta minggu lepas punya
Memandangkan, nak post satu entry take time (x tau la bagi korang, for me this take much time to update 1 post...heee)
So, aku x berminat nak membuang masa dari nak update blog!
SEBABNYA
Nak habis masa dengan kawan-kawan aku!
Lepas ni dah x boleh nak berfoya-foya gan diorang!
Sian blog aku kan!
ok guest...jom tengok picture last aku bersama kawan-kawan aku...

1. Kitaorang pergi pain killer.....haaaa...korang mesti tertanya"what??? PAIN KILLER, What that??" haaaa....kawan-kawan aku, panggil karoke ni pain killer....Suppose, kitaorang pergi
kedai untuk print tesis kitaorang...tetapi memandangkan suma kedai tutup, aku dengan
kwn-kwn aku decide pergi beli tiket aku, kawan-kawan aku teman aku pergi makan (baik kan diorang kan?) and than pergi pain killer ( ni bukan dirancang k!) Kebetulan kak as, kak Ct, Fath & Ika kluar pergi Giant, diorang joint skali....hapening!!

Ika, Fath & Me



Sibuk2 member aku nak nyayi, aku sibuk tangkap gambar




Su, Fae & Me, " Jom bergambar dulu sblum nyayi k" Sorry ye, muka mmg x bersiap langsung, nama pun bkn drancang, main pakai je..hee




Kak As, Ika & fath, Diorang mmg muka bersiap k...sebab diorang dah rancang nak kluar...



2. Pain killer lagi!! itu je yang tau nak habis masa sama-sama...But the way, aku gan kawan- kawan aku ada wat makan-makan, tengahari tu, tapi x de pic untuk upload k. coz suma kelaparan, x sempat nak ambik pic untuk menu ari tu...the last kami masak N the first time kami masak ramai2 untuk sem ni....ok2, back to my story, paint killer..suma ada mcm ari tu cuma 2 orang bertambah, mar & idut. Pas habis je paiunt killer, aku N kawan aku pergi mcd. Bukan lapar pun tapi disebabkan nak menyembang & buat kali terakhir bersama, so lepak la kat mcd. Payah nak kumpul sama2. Sem ni memang busy sampai nak berfoya-foya pun susah


Sya & Fae; Tengah layan bdk2 lain karok before tgu turn nak nyayi...


dah sampai turn fae utk nyayi...aku N kak Ct layan fae nyayi...


Suma join nyayi walaupun x de mikrophone


Aku n sya...muka masih segar walaupun dah 1 pagi time tu


Tengah menunggu makanan...aku lagi sempat baca surat khabar tengah malam2 buta, ika layan FB jap..Sya, tengah berangan jap..haaaa


Muka x bleh blah! Dah Mengantuk tapi still nak makan lagi.

Bergambar je kan kitaorang ni....


Dija dah ngantuk, makan blum makan lagi.. time ni mmg suma orang letih coz nak siapkan PSM pnya psal. tu korang tengok muka toya je...


Jom makan.....esok kena bangun awal tok photoshoot


3. Photoshoot utk budak-budak pompuan....actually x cukup forum...mana yang nak join je. memandangkan photoshoot ni pagi-pagi buta, x ramai nak join. suma mengantuk nak tidur, tu la diorang x nak join k...haaa..Dalam suka-suka ni, da ja masalah time ni, spoil tol mood aku and partner group PSM aku...hmm..wat camna, selagi x hantar, selagi tu lah masalah PSM x habis-habis...apa2 pun, dah settle! x nak ingat2 lagi. lokasi utk photoshoot ni; Balai cerap UTM, Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM & Tasik UTM.



Ni lokasi pertama kami, Balai Cerap UTM. Bleh tengok memandangan seluruh UTM. Cantik kan!!

Belum sempat nak turun keta, dah ambik gambar! tu je keja kami!! Bergambar!!! Hee


Yang lain2 pun sama, x sabar nak bergambar!!


Antara picture yan
g aku suka. Santai je! Pemandangan tu yang best. Time ni awal lagi, so x bleh nak tengok pemandangan UTM. Dah macam ada kat cameron highland kan?


Picture lompat!!! trend picture sekarang...pic ni pun aku suka walaupun aku x de.. mana aku ek?? Dah tentu aku ambik gambar! klu x, sape nak ambik! heee


masing-masing gan posing tersendiri...


The last picture in Balai Cerap. Suka gambar ni...i miss this moment!


Lokasi ke-2 kami; Fakulti Kejuruteraan Awam


Posisi dari bawah!! suka gambar ni...


Cantik x kedai jual makanan ni....pink tu! tempat slalu aku & kawan2 aku beli makanan sebelum masuk klas.



Dalam fakulti lagi...macam rasa suma lokasi dalam FKA ni nak ambik....


suka gambar ni coz susunan yang cantik & juga suma orang ada dalam pic ni


Ce teka ape yang kitaorang buat???? UTM; ada x mcm bentuk UTM...


Disebabkan x de sapa nak ambik gmbar, terpaksa la setup kamera utk ambik pic..hasilnya, ini lah! cantik kan!! suka gambar ni...


Last lokasi, tapi sikit je gambar kat main tasik UTM ni, coz time tu ada problem pasal PSM pnya pasal, sian kawan2 yang len..sorry frenz...

x cukup forum....

aku suka gambar ni..berlatarkan kehijauan semulajadi...


The End of Story!!!!! :(



Wednesday, May 18, 2011

5 Hari

Dah masuk hari ke 5.....
Mesti korang tertanya-tanya, ada apa dengan hari ke 5 kan?
Adakah aku tengah menghitung hari untuk kawin ke?
Hmmm.........jeng2!!!!!
Haaaa..... x de makna nya!
Jauh lagi perjalananku...
Masih di kaki bukit...
Banyak ranjau perlu ditempuhi...
Ok..ok..apa yg aku nak ceta dengan 5 hari ini....
5 hari hidup tanpa kawan!!!!
Ceh!! korang mesti kata aku, pahal gan bdk pompuan sorang ni kan?
Macam x pernah hidup tanpa kawan2 kan...
Aku dah 6 tahun hidup gan kawan-kawan aku
6 tahun, aku hidup dengan kawan-kawan yang sama
6 tahun ni, aku bergantung dengan kawan-kawan aku
6 tahun, susah senang gan kawan-kawan aku...
tapi bila alam study dah habis....
aku kehilangan kawan-kawan
Hmmm..mesti korang yg baca, mesti cakap...
"macam x bleh jumpa kan?"
"Ala, sekarang kan zaman teknologi, Handphone, YM, Facebook kan ada, ape susah!!"
TAPI
Bagi aku lain....
suasana dah lain.....
caya lah ckp aku!
Bila sapa2 blum habis blajar..
korang akan rasa...
Sedih, sayu......
Aku sekarang masih belum percaya aku dah habis blajar....
heeee....aini, please wake up!!!!!





Wednesday, May 11, 2011

Penghujung Cerita

Ok, org2 kampung.....entry ari ni, ceta penghujung kisah seorang student!!
Finally, habis jua perjuanganku selama bergelar Mahasiswi...
Alhamdulillah..terakhir menduduki final exam. paper terakhir pada 6 hb 5 yang lepas...
Bersyukur sangat...
TAPI.......masih lagi belum selesai 1 benda yang aku tanggung selama 1 tahun, iaitu 2 sem...
ce teka..ape benda itu?????
PSM (projek sarjana muda) la....
lpas je habis paper terakhir ni, ingat bleh enjoy ke??
lebih 2 hari sibuk betulkan and edit format PSM....
Yang pasti PSM buat aku rasa serabut, tension, tak tidur, otak aku jd blank...
Ape2 pun, time aku tgh tulis blog ni, yg pasti PSM x selesai lg...x sabar nak hantar eaok..
hopefully dah x de pembetulan, masalah2 lagi...

Time ni blum masuk pekse lagi, tp dsebabkan cuaca panas nak mampus
kitaorang masuk sblm lecture susun kertas pekse...
Preparation terakhir ....


Pic time nak tgu kluar dari bilik exam..
Muka keceriaan....



Me, after finish taking pic....


Wif my friends...

Tuesday, May 3, 2011

I love this much

Hari tu masa time study IS, pagi-pagi lpas subuh, aku mengantuk giler dsebabkan baca IS punya pasal...alih2 aku buka FB kejap..utk hilang ngantuk la kiranya tu.....mmg segar, klu bab membaca subjek bukan kegemaran aku, buat aku rasa ngantuk..haaa..aini oh aini..so nak dijadikan ceta, aku ternampak satu post dari penulisan2u ni...so, aku apa lagi, tangan aku yg gatal ni, cepat2 tekan link utk baca novel on9 ni. Tgk punya tgk, ada la satu tajuk novel ni, yg aku bkenan "M.A.I.D" dalam bahasa melayu nya orang gaji...hish2 aini ko ingat org x tau ke maid tu org gaji...haaa..

Baca punya baca sampai x ingat dunia, dok mghadap lappy aku ni, sampai nak tembus biji mata aku mghadap novel on9 ni, alih2 sampai ep 23 je! adoi!!!!! apa ksudahannya. Ni buat aku x suka tol... aku jenis Xcited gan satu benda klu dah suka.....kenalah aku beli novel ni, so aku buat kputusan utk beli novel ni, tgk kat status kelab peminat novel FB, dah kluar. Dengan itu, ceh bunyi mcm aku terpaksa wat kputusan berat je...aku ambk kputusan lpas hbs paper design je, aku & my best friend, fath, pg mrempit ke JJ tmn U. Nak pg Beli novel ni la punya pasal. Hmmm..hmpeh, x de...dah hbs stok la tu... Nasib pas blk tu, aku post kat FB. Mmg btuah, tasha, classmate aku dah beli on9.... huuu...gembira x sangka k...aku mmg Xcited giler...dah mcm mgidap pun ada gak. Disebabkan aku tdur, pas magrib, aku x on9 FB, masa tu aku blum tau classmate aku dah komen yg dia ada novel ni. fath member aku dah kebas dulu....berlari aku pg blk dia utk dpt kan novel ni.

Haaaa..sian fath, aku paksa dia baca cepat2, aku nak baca. sanggup aku tgu si fath ni baca novel sampai hbs. Pkul 2 lebih nak dekat kul 3 pg gak, si fath ni hbs baca. Ape lagi, aku bla dah start baca noevl dah x ingat dunia, mkn kemana, tdur kemana...dok hadap novel ni je, wat aku kenyang! dasyat x! Nak tau x.....mesti aku bg tau, aku hbs baca dalm kul 9 pg cmtu. Adoi! pas hbs, terus ngantok...haaa..mmg dasar! kuihhhh....



SINOPSIS M.A.I.D
Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.

Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak.
Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan?

Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?


P/S: 1. Jgn jadi cm aku, lupa pasl study k...haaa...tp klu tension, bleh je hadap novel nii....haaaa
2. Tq fath, sbb teman aku!! ;p





Monday, May 2, 2011

Malam Pra Graduan, Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM

Malam Pra Graduan atau pun MPG, dah lama berlalu. Dah dekat 2 minggu....busy teramat2, tu x myempat nak update......ceta dah basi!!! tp x pe kan, klu aku crita ceta basi ni....heeee....MPG ni wajib bg pelajar tahun akhir, klu x pg, x bleh grad...bleh x camtu...tp x pe, aku pg pun bkn sbb ugutan, tp utk bgumbira bersama kwn2 seperjuangan.....haaa.. Tempat MPG ni, kat PERSADA JB, 18 hb 4 lepas....Tema utk mlm ni, Formal Dress, utk plajar laki diwajibkan Tuxedo manakla plajar prempuan plak, dress @ baju kurung, asal formal lah....

Malam tu suma plajar tahun akhir, x kira laki ke, pmpuan ke, suma comel2 blaka & segak2 blaka...jauh btul penampilan ke klas....totally different!!! AKU??? haaa...biasa saje, baju kurung moden je...x de dress pun...prepare utk MPG ni, sebulan lepas, takut busy, x sempat nak beli baju..mmg betul jangkaan aku..klu x, pakai ape yg ada je..

Niat utk malam ni untuk bergembira setelah sibuk dengan PAP. Tapi malangnya, keesokkannya plajar2 bagi kumpulan 2, ada interview PAP and than the same time, kami terpaksa myiapkan technical report utk PSM..Wah nak bersuka ria pun, dok asyik fikir keja kat bilik....sambil mkn, Fae kata kat aku.. " aini technical report x siap lagi, esok ada interview PAP, x study lagi..".....Buat pengetahuan anda PAP ni, umpana satu projek yang perlu dibangunkan tnpa ada apa2 kemajuan pembangunan. So as engineer, tugasan kami mereka bentuk kemudahan seperti, highway, water supply, sewerage system, earthwork and drainage. Dah macam keja kat consultant..serius memang penat gile, padahal 2 kredit kot..tp apa2 pun , faedah yang aku dpat dari subjek ni, pendedahan design2 yang patut kami lakukan lepas bergelar engineer k..Insyallah klu di izinkan Nya, jd seorang engineer....aminnnnn!!!


Me, fae & fath, satu meja mkn....


Kwn2 seperjuangan


Bergambar je, mlm tu...


My classmate wif our lecture RC design, Dr Latiff a.k.a Timbalan Akademik, FKA


My Bestfriend, ika, fae, me & fath...


Kwn2 yg paling aku rapat...sempat lagi berposing sblum blk...


Gurl & boys..


Pic ni jadi isu Sya & enn....buat gosip kat aku..haaa....


Bakal2 enginer kita....





FINAL EXAM TERAKHIR

Habis sudah final exam...haaaa??? Biar betul....aini oh aini...kamu masih ada lagi satu paper lagi k. Break kejap selama seminggu. Dah 3 hari berturut-turut, paper aku..Fuhhhh!!! mmg mati. Perrrhh....aku pun tak tau mcm mana aku bleh tempuhi saat genting mcm ni..bayangkan aku last minute study sebab tak cukup masa tau, bukan aku pemalas k....First time dalam degree ni, aku study last minute...sem ni mmg mencabar segala2 nya bagi aku...dah x larat wei! tu yg mampu aku kata. Dah dekat sebulan hidup aku pack giler....Assignment Water Quality, Projek Amalan Profesional (PAP) lah, Project design lah, Technical report lah..Vaiva la...PSM lagi lah, jangan nak kata ape, tu lagi buat hidup serabut...Aigo!!


28 hb: paper Civil Engineering Information System(IS)..

Paper IS ni, aku x tau nak kata ape.. yang pasti aku study dalam 1 hari untuk cover suma chapter dalam final exam..Aihya...nak buat macam mana VAIVA punya pasal,prepare VAIVA lagi take time, 3 hari kot.Tapi ape2 pun dah berlalu..dalam 60% aku boleh jawab.

Khusyuknya kawan2ku study sebelum masuk blk pekse


Kak ct masih sempat lagi gan peace nya..


Aira @ air, pun sama siap peace lagi tu.....


Habis sudah paper IS, aku & fath masih tersenyum kgembiraan walaupun sebenarnya, ada je x bleh jwb soalan.


Pic wif my all frienz, time tunggu bus...bus oh bus, mana mana bus ni, sempat lagi kami berposing....


Atas bus pun jadi...


29 hb: Paper Water Quality Management (WQM)

Lepas je paper IS, aku terus study WQM. Ada juga preparation utk subject ni coz aku suka dengan subjek ni...haaaaa..suka la sgt aini oiii...klu x dapat A, tak tau la...Tapi yang pasti lecture utk subject ni, Dr shamila mmg sempoi..Thanks Dr coz bagi hint kat saya, time jwb pekse ari tu...Banyak kot!!!!

Ni sue, kwn baik aku...kami nek moto tnpa helmet.Pergi jwb exam


Nasib x de pak guard, klu x mampos...


30 hb: Paper Reinforcement Concrete Design II

Hari genting aku......dah maksimum aku punya otak! bayangkanlah aku tidur hanya setakat 2 jam..ikutkan x nak tdur, tp disebabkan nasihat tilla suruh aku tdur kejap, supaya x blank time pekse. Tapi yang pasti utk soalan section C, aku x bleh jawab(rasa mcm nak koyak ketas time tu, tips yg bdk2 ni bg x msk, nasib ada aku study sikit mlm tu, dah la aku ada kurang 24 jam utk study, gilo tol)....Section A, bagi aku bleh taram je coz teori, ambik je dlm BS ( Birtsh Standard: Diberi dlm pekse k, ni merupakan nadi bdk2 civil, klu x mcm mana nak pilih saiz column, staircase, n ape2 lagi lah), Section B, aku pilih soalan Column. Disebbakan malam sblm paper ni, aku more o focus on column, aku wat column...senang sikit. Ape2, hopefully Dr latif, mark kertas kitaorng dengan rasa belas kasihan..suma merungut, pasal paper design ni!!!!!


Fath, sue, masya & kak as: Berposing sblm masuk exam...


Fath, kak ct, kak as & me: Lupakan study sekejap! Nanti dlm blik pekse kita sembur ok..


Wah fae, khusyuknya.....selak jgn x selak sblm masuk blik pekse...Masya, tgh hafal step design ke???.... Fath, control! jgn x control....haaaa


Peace no war....Ape2 pun bgambar tu penting k...


Tasha, Tilla & Steven, my classmate...Senyuman di pagi hari


Time dah nak masuk bilik pekse, Suma masih tgk buku, takut2 ada yg terlupa..



Ni pas hbs je paper design...tgu utk kluar dr blik pekse..


Sebenarnya byk lagi aku nak ceta kat korang...Memandangkan aku dah sampai penghujung aku sebagai seorang Mahasiswa, aku nak tulis suma aktiviti ttg kami dalam blog aku. Tp dah x ckp masa terpaksa la aku tangguhkan utk upddate blog aku ni....So, sory ya klu aku update ceta lama dalm post aku ni k....