Tuesday, May 3, 2011

I love this much

Hari tu masa time study IS, pagi-pagi lpas subuh, aku mengantuk giler dsebabkan baca IS punya pasal...alih2 aku buka FB kejap..utk hilang ngantuk la kiranya tu.....mmg segar, klu bab membaca subjek bukan kegemaran aku, buat aku rasa ngantuk..haaa..aini oh aini..so nak dijadikan ceta, aku ternampak satu post dari penulisan2u ni...so, aku apa lagi, tangan aku yg gatal ni, cepat2 tekan link utk baca novel on9 ni. Tgk punya tgk, ada la satu tajuk novel ni, yg aku bkenan "M.A.I.D" dalam bahasa melayu nya orang gaji...hish2 aini ko ingat org x tau ke maid tu org gaji...haaa..

Baca punya baca sampai x ingat dunia, dok mghadap lappy aku ni, sampai nak tembus biji mata aku mghadap novel on9 ni, alih2 sampai ep 23 je! adoi!!!!! apa ksudahannya. Ni buat aku x suka tol... aku jenis Xcited gan satu benda klu dah suka.....kenalah aku beli novel ni, so aku buat kputusan utk beli novel ni, tgk kat status kelab peminat novel FB, dah kluar. Dengan itu, ceh bunyi mcm aku terpaksa wat kputusan berat je...aku ambk kputusan lpas hbs paper design je, aku & my best friend, fath, pg mrempit ke JJ tmn U. Nak pg Beli novel ni la punya pasal. Hmmm..hmpeh, x de...dah hbs stok la tu... Nasib pas blk tu, aku post kat FB. Mmg btuah, tasha, classmate aku dah beli on9.... huuu...gembira x sangka k...aku mmg Xcited giler...dah mcm mgidap pun ada gak. Disebabkan aku tdur, pas magrib, aku x on9 FB, masa tu aku blum tau classmate aku dah komen yg dia ada novel ni. fath member aku dah kebas dulu....berlari aku pg blk dia utk dpt kan novel ni.

Haaaa..sian fath, aku paksa dia baca cepat2, aku nak baca. sanggup aku tgu si fath ni baca novel sampai hbs. Pkul 2 lebih nak dekat kul 3 pg gak, si fath ni hbs baca. Ape lagi, aku bla dah start baca noevl dah x ingat dunia, mkn kemana, tdur kemana...dok hadap novel ni je, wat aku kenyang! dasyat x! Nak tau x.....mesti aku bg tau, aku hbs baca dalm kul 9 pg cmtu. Adoi! pas hbs, terus ngantok...haaa..mmg dasar! kuihhhh....



SINOPSIS M.A.I.D
Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.

Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak.
Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan?

Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?


P/S: 1. Jgn jadi cm aku, lupa pasl study k...haaa...tp klu tension, bleh je hadap novel nii....haaaa
2. Tq fath, sbb teman aku!! ;p





1 comment:

anumuchan said...

Salam.nice entry :)
Feel free to read my new entry @ frommetoyou~
(^____^)