Cerita makanan lagi! Dah x de modal bercerita! So, makanan dijadikan cerita. Actually this recipe by kak ani...ari tu kak ani post dia nak buat rich choc puding....memang teringin nak buat tapi malas google..bleh tak macam tu? haaaaa....Denagn muka tak malunya mintak resipi dari kak ani...haaaa.....Very simple to make! Juz 15 minit! Balik keja terus buat! Dah masuk 2 kali buat! Alhamdulillah adik-adik suka! Tambah-tambah si montel tu, my younger brother. hee...orang slalu kata sharing is caring...so aku selikkan cara to make rich choc puding...selamat mencuba!
Bahan-Bahan
4 1/4 cawan air
1/2 cawan serbuk koko, diayak
1 cawan gula pasir
1/2 cawan susu tepung, diayak
1/2 camca teh garam
4 camca besar tepung jagung
1/2 camca teh esen vanilla
10 g serbuk jelly / agar2
3 camca besar mentega
Satukan semua bahan2 untuk pudding kecuali mentega, kacau rata dengan whisk hingga gula larut, kemudian tapis ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti hingga adunan likat, agak2 serbuk jeli dah larut terus masuk butter dan tuang dlm loyang). Matikan api, masukkan mentega dan kacau rata2. Tuang dalam bekas kegemaran anda, biar hilang wap panas dan simpan dalam peti sejuk.
Kuah
1 tin susu cair
1 gelas air
1 sudu tepung kastard - dibancuh dgn sedikit air
6 sudu makan gula - kalau tak suka manis boleh kurangkan
secubit garam - sikit aje tau!
Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak hingga didih. Hendaklah sentiasa dikacau. Kemudian sejukkan setelah itu boleh lah disejukkan dalam peti ais.
Untuk penghidangan, masukkan puding yg telah keras ke dalam mangkuk. Bolehlah letakkan buah-buahan cocktail, longan atau buah-buahan segar. Boleh juga letakkan ketulan ais kalau kuah puding tu kita buat manis. Curahkan kuah dan sedia dinikmati.